Saturday, June 12, 2010

Blueprint kerjayaku.......

Bismillah hirrahman nir rahim


Sejak 26/5/2010 cuti telah diambil untuk memulakan kerjaya baru........penganggur. Apa yang diimpikan selama ini tercapai juga, alhamdulillah.

Ceritenya bermula begini.....sejak dari bangku sekolah lagi cikgu/guru/pensyarah tidak pernah menjadi cita-cita. Tetapi ditakdirkan setelah balik dengan degree berlaku 'recession' maka cube nasib menjadi pensyarah Poli dan diterima. Dari hari itu (14/2/1987) maka bermula aku bekerjaya yang bukan impian ku . nasib baik tidak cerewat sangat maka ikut je le . lama kelamaan hingga 23 tahun aku masih memegang jawatan bukan impianku (tak satisfied tapi buat je). Sampai le maksimum aku dah tak boleh terima lagi yang aku nie bekerjaya bukan impianku. Maka pada Disember 2009 usha2 cara pencen option maka aku pun tulis surat tunjuk sebab pada NC dan beberapa boss lain tentang hajatku. Allah mengizinkan semuanya berjalan lancar dan akhirnya cite2ku tercapai (berhenti menjadi pensyarah).


Kalau difikir2kan. Ini adalah susunan yang Allah letak untuk aku dan pengajarannya, "Tak semua benda yang kita impikan akan kita dapat" dan "Allah Maha Mengetahui bila dan apa yang terbaik untuk Hambanya".

Yang paling best ialah permulaan kerjayaku di tapak ini dan akhirnya juga di sini walaupun telah bertukar kerja di tempat lain. Dan......bilik yang diduduki pertama kali patah semula ke PLSP menjadi bilik terakhir kerjayaku di sin. Cantik sungguh susunan Allah.

Regret??????Tidak. Sepanjang aku menjawat jawatan ini walaupun tidak pernah mendapat '*****' daripada Bosses tetapi banyak yang telah dapat aku sumbangkan kepada pelajar2, keluarga, adik2 , masyarakat , sedara mara dsbnya. Alhamdulillah.

Well I'll do my best every bits of my left life before I...........Amin

2 comments:

  1. Really mak?
    Seriously, bilik mak yg last ni same dgn bilik yang dulu ke? MasyaAllah.. Best2x.. Ala, ber"jodoh" dgn ayah pun kat situ jugak kan.. hehehe..

    I'll do my best too Mak, insyaAllah. =) Pray for me ya..!! Love u and ayah soooooo muchie, (walaupun agak degil pd kebanyakan masa.. huhu)

    ReplyDelete
  2. Kak long: Ya mak pun tak sangka baru a few weeks sebelum mak menganggur mak baru perasan

    ReplyDelete